Hai, Assalamualaikum
Post kali nie, mengenai amalan atau ibadah yang boleh kita buat bila dah nak dekat peperiksaan..(bukan maksudnya bila esk baru nk periksa baru nak buat, tips ni paling dekat lagi seminggu nak pekse, paling lama lagi sebulan nak pekse)...so, korg boleh la amalknnya...insya-Allah berkesan dgn usaha yg bersungguh-sungguh...utk budak IPT boleh la buat dalam study week tu...( actually kite pon nak pekse dalam 3 minggu lagi huhu...tu yg kongsi sikit amalan yg boleh tolong korang...jgn lupa doakn kita tau...insya-Allah kita pon akan selalu doakn korg saudara seIslam kita)
Tips #1- Mohon Ketenangan
-bila nak pekse nie la student selalu rasa tertekan, mana nk cover balik chapter yg dah belajar yg dah lupa, mana nk ulang kaji lagi dgn latihan soalan lepas...biasanya emosi student memang x stabil time nie. semuanya jadi serba x kena..
waktu nie cuba bersabar dan bertenang. Ingat Allah. baca doa ni banyak kali sampai Allah mencampakkn ketenangan dalam hati..jika x dapat juga ketenangan tu..betulkan niat masa baca..niat kerana Allah dan fahami dan hayati maksud doa tu..nie doanya (keyboard kita x de tulisan jawi so dalam rumi la kita tulis yer harap sampai la)
---> La haula wa-la kuw wata illa billahi A'liyyi A'zim
---> maksudnya: tidak ada daya upaya kecuali dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Mulia.
Tips#2- Perbanyakkan Selawat dan Bacaan Yasin
- waktu nie kita sangat mengharapkan rahmat dan pertolongan dr Allah S.W.T. bacalah apa-apa selawat dengan niat memuliakan Rasulullah S.A.W. cth:
---> Allahumma sholli A'la saiyidinaa muhammad wa A'la ali saiyidinaa muhammad
Tips#3- Solat Taubat
- buatlah solat taubat dan mohon keampunan dari Allah sbb takut ada dosa yg kita buat samaada sedar atau x boleh menghalangnya rahmat dan pertolongan Allah kpd kita.
Tips#4- Solat Hajat
- dah taubat dan bersihkan diri, buatlah solat hajat kerana tiada yang lebih diharapkn melainkan kpd Allah. Insya-Allah termakbul..
Tips#5- Mohon Doa Ayah dan Ibu.
-doa ibu bapa amat dimakbulkan oleh Allah sbb doa diaorg suci dan ikhlas. (kalau x takde la tanggang jadi batu selepas mak dia minta kpd Allah). minta maaf kat diaorg atas suma silap korg sbb kalau diaorg terasa hati ngan anak diaorg-akan menghalang rahmat dr Allah kpd kita.
Tips#6- Mohon Restu dr Guru
- jumpa la cikgu @ lecturer yg mengajar n mintalah diaorg doakn korg n halalkn segala ilmu yg diaorg ajar. then, korg doaknlah keampunan utk cikgu @ lecturer korg.
Tips#7- Jaga Kesihatan.
- bila dah nak peksejgnla main hujan atau apa2 yg boleh buat korg sakit..termasuk jgn terlampau stress sampai demam...exercise setiap petang, 30 minit jer setiap hari kasi berpeluh sikit. bila kita x sihat akan mengganggu sikit proses nk jwb soalan...jaga tangan n kaki jgn sampai patah...yg memang ada penyakit tu mkn ubat dgr nasihat doktor n teruskn hidup korg jangan fikir negatif...semua yg berlaku ada hikmah disebalik semuanya...
Itu je la yg dpt kita kongsi dgn korg...mungkin next post cara solat taubat n hajat...Insya-Allah
apa elok dtg dr Allah, apa yg buruk dtg dr kelemahan diri saya sendiri...
klau panjang umur, kita post lagi...byk yg boleh kita kongsi kn..
wasalam