OK..kebanyakan couple yg tgh hangat bercinta akan mencari alasan untuk menghalalkn apa yg haram pasal couple. So, dorg akan cuba utk mengubah haluan cinta yg x Islamik kpd yg mengikut syariah. Bagus tindakan dorg tu tapi betul ke apa yg dorg buat tu? betul ke mengikut syariah?
untuk membolehkan kita bersama dgn BF/GF kita tanpa batasan agama adalah dengan menjauhi semua jalan-jalan zina N boleh mematuhi syarat berikut:
1. Menjaga pertuturan dan komunikasi.
-jgn sesekali b'rckp menggunakn perkataan yg merangsang nafsu, yg membelai emosi sehingga menjadi khayal atau berckp kosong lagi sia-sia sehingga membazir masa.
2 . Menjaga renungan mata.
- boleh jumpa tapi mata tidak menatapi rupa parasnya semasa bercakap atau mana2 bhgian tubuh yg boleh menyalakn syahwat.
-macam lagu kump faboulus cat.
"mata2 ke hati2"
3. Istiqamah menjaga pertuturan dan pandangan sepanjang perkenalan.
-biasanya org bercinta, hanya sebulan pertama menjaga batas syariat selepas itu? sebab dah terbiasa antara satu sama lain, mereka akan semakin berani utk berckp perkara yg salah serta memandang bhgian badan pasangan.
tu je syaratnya...tapi kita percaya mmg susah nk ikut sbb korg boleh ke bercinta tanpa meluahkan kat syg sbb kata syg itu sesuatu yg lagha@melalaikn, x boleh pandang satu sama lain N x boleh pegang2 ( ni mungkin boleh). Mungkin ada yg kata boleh couple kalau kita berniat utk kawin dgn pasangan kita tapi ketahuilah niat x menghalalkn cara. niat betul tapi cara salah...salah jugak. walaupon dh ada niat tapi kita still blom kawin dgn dia kn. so, kita adalah masih org asing baginya sampai kita kawin.
Kesimpulannya, DATING YANG HALAL disisi Islam adalah dating SELEPAS kahwin. Kan lagi seronok lepas kawin, nk buat ape pon dah x salah, x de pertikaian.
sekian, apa yang buruk dtg dr kecetekan ilmu dan kelemahan saya, dan yang baik dtg dr Allah S.W.T.
mesti korg ingat kita ada banyak pengalamnkn?...x la kita baca buku je...x pernah ada pengalaman dan harap tidak melakukan apa yg kita tahu salah ...AMIN..
Maaf kalau ada terkasar bahasa dan tersilap bicara...
Saya budak baru belajar hanya mahu menyampaikan apa yang saya tahu kpd semua agar kita tidak terpesong dr syariat Islam..


No comments:
Post a Comment